About

A one stop high performance non-toxic natural rescuer offering top to toe personal care products mainly for people with sensitive skin.

There are 2 ways how you can claim your FREE SKIN HEALTH eBook.
1) Click The GREEN Side Bar.
2) Scroll down and fill up the CONTACT form.

We hate spam and we respect your privacy.

Thank you for trusting our site.

 

Blog
  • Dec 26, 2018

    Coming soon. Enjoy our Pre-launch video for you.

    www.ronasera.com

    Read More...
  • Nov 21, 2018

    Our Products

    Read More...
  • Nov 18, 2018

    Ronasera Natural Products 181118 FB Cover

    Read More...
  • Nov 18, 2018

    ULANGKAJI Siri Edisi Siasat Bahan Kosmetik (Bahagian 1)

    Bahan perlu dielak: #1 - #8

    Read More...
  • 🔍 SIRI EDISI SIASAT KOSMETIK 🔍

    Nov 18, 2018

    🔍 SIRI EDISI SIASAT KOSMETIK 🔍
    ==============================
    #1 - Sodium Laureth Sulfate
    (SLES)
    ==============================

    🔍Merupakan surfaktan pengemulsi atau detergen (pencuci) dan bersifat menghakis serta hebat memecahkan lemak.
    🔍Digunakan sebagai bahan pencuci utama dan penggalak buih dalam kebanyakan produk seperti syampu, sabun, cecair mandian, pencuci muka, ubat gigi serta dalam produk pencuci lantai dan pembersih enjin jentera.

    ⚠️Kenapa perlu ELAKKAN?

    🚫Semasa penghasilan SLES, proses 'ethoxylation' boleh menyebabkan SLES tercemar dengan dioxane, iaitu sejenis bahan karsinogenik (penyebab kanser).
    🚫Berkemungkinan tercemar dengan methylene oxide, bahan kimia yang mengganggu sistem saraf, kerosakan buah pinggang dan hati.
    🚫Kajian menunjukkan bahawa struktur SULFATE adalah penyebab kerengsaan kulit. Jadi perhatikan & jauhi juga bahan detergen lain seperti Ammonium Lauryl SULFATE dan lain-lain.
    🚫SLES adalah lebih merengsakan kulit dan mata berbanding dengan bahan pencuci amphoteric dan non-ionic.
    🚫Disebabkan ia bersifat menghakis, sekiranya tidak diformulasi dengan baik dalam sesuatu produk penjagaan kulit, SLES boleh menyingkirkan lipid dari kulit kita, mengeringkannya dan mencederakan membran sel, membolehkannya menembusi lebih jauh ke dalam badan kita dan mencetuskankan tindak balas imun tubuh.
    🚫Ia boleh menyebabkan tindak balas keradangan kulit seperti contact dermatitis bagi individu berkulit sensitif.

    Nantikan info tentang bahan kosmetik ke #2 dan seterusnya ya.

    Jom bantu lebih ramai orang menjadi pengguna BIJAK!

    Sila [like] & [kongsi] supaya ramai lagi yang boleh mendapat MANFAAT daripada info ini.

    Terima kasih kerana bersama dengan kami! 😃

    #RonaseraNaturalOfficial

    Read More...
  • 🌷Tip Ronasera:

    Oct 3, 2018

    🌷Tip Ronasera:

    Cara Memilih Minyak Tamanu Tulen Berkualiti Terbaik

    Selain daripada boleh dicairkan, minyak tamanu juga boleh diadun dengan bahan lain bagi memperkayakan khasiatnya. Bagaimanapun, jika anda mahu membeli minyak tamanu yang tulen dan berkualiti tinggi, berikut adalah ENAM perkara penting yang perlu anda pertimbangkan:

    Ketulenan, Mentah, Organik: Carilah minyak Tamanu yang belum dicairkan dengan apa-apa bahan tambahan. Ronasera menawarkan minyak tamanu tulen tanpa diadun dengan bahan tambahan lain.

    🌿Cold Pressed (Perahan Dingin):
    Perahan dingin merujuk kepada tindakan “memerah” minyak tamanu dari biji-bijian kacangnya secara semula jadi, bukannya dilakukan dengan pengekstrakan berskala besar menggunakan pelarut di mana ia boleh menjejaskan khasiat minyak kerana berlakunya pengurangan khasiat antioksidan semulajadi, vitamin dan komponen lain.

    🌿Warna:
    Minyak tamanu tulen haruslah berwarna kuning kehijauan ke warna hijau gelap.

    🌿Kepekatan:
    Minyak tamanu tulen haruslah mempunyai kepekatan sederhana dan tidak terlalu cair.

    🌿Aroma:
    Minyak tamanu tulen haruslah mempunyai aroma tersendiri yang kuat tetapi menyenangkan. Ia berbau seperti “kekacang” dan “kayuan”.

    🌿Lokasi Asal:
    Tentukan dari mana minyak tamanu tersebut ditanam dan dihasilkan. Kebiasaannya ia berasal dari persisiran pulau-pulau di Pasifik Selatan. Sila ambil perhatian, minyak tamanu terbaik berasal dari pokok-pokok liar tua berhampiran lautan bukannya ditanam di ladang.

    Sekiranya anda benar-benar mahu mencuba kualiti minyak tamanu yang berkualiti tinggi dan paling tulen, anda sudah berada di tempat yang betul. Anda boleh mencuba minyak tamanu tulen Ronasera. Ia adalah minyak tamanu tulen tanpa dicairkan dengan bahan tambahan lain, diimport khas dari Vanuatu.

    📲 Jika anda berminat untuk mencuba Tamanu Oil TULEN & ORGANIC Ronasera, hubungi kami di:
    www.wasap.my/60193975570/NakOrderTamanuOil

    📖 Maklumat lanjut di:
    www.ronasera.com

    Read More...

View More
Health News

Kenyataan Akhbar KPK 23 Februari 2018 – Produk-produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

PERIHAL  BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/ 

Sekian, terima kasih

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH  
Ketua Pengarah Kesihatan 
Kementerian Kesihatan Malaysia 

23 Februari 2018

Kredit : kpkesihatan.com

Contact
  • Email

    admin@aronaoasis.com

  • Address Arona Oasis Sdn Bhd

    Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. *Click The GREEN Side Bar To CLAIM Your FREE eBook.

  • Telephone

    +60193975570

    Click to Call

  • Hours
    Monday - Friday: 9:00 am - 5:00 pm
Message:
Click to interact